Wednesday, January 19, 2011

SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI


AL-FATIHAH

Lahir 29 March 1984
Sidi Bouzid, Tunisia
Mangkat January 4, 2011 (umur 26)




SALUT MOHAMED BOUAZIZI

bila aku baca berita tentang kau yang berani
maka aku tunduk segan
bila aku baca berita kau mangkat
gugurlah si ayer mata

tamatlah riwayat kau yang yang pendek
26 kali kau beramadan
26 kali kau bermusim bunga
26 kali musim dingin sampai
tapi hidup kau penuh sengsara
kau membesar dibawah telunjuk leila si first lady

kau belajar
kau berjaya
kau ke universiti
kau berijazah
tapi kau hanya menunggu kerja
seperti beribu ribu anak muda
dengan penuh harapan yang setia

lalu kau membuat kereta sorong
menjaja buah dan sayur
inilah satu kehidupan yang bukan asing lagi
di negara dibawah pemerintahan leila si first lady

betapalah susahnya hidup
ibu adik dan kakak
semua menunggu rezeki dari jualan kamu

maka ditakdirkan datanglah mala petaka
lalu kereta sorong kau dimusnah
lalu sayur kau di rampas
lalu buah buah kau terbarai
kau menjaja tanpa lesen
lesen yang wajib dibayar untuk leila si first lady

wahai anak muda yang berani
bila kau membakar diri
kau telah membakar seluruh bumi arab
dari moroko hingga ke bahrain
dari damsheik hingga ke dubai
kemarahan rakyat meluap luap

rakyat jordan telah turun ke jalan raya
rakyat aljeria telah turun ke jalan raya
rakyat muritania telah turun ke jalan raya
bangun mengacungkan tangan
menuntut keadilan
mendobrak kezaliman

bila kau membakar diri
tanda bantahan terhadap leila si first lady
telah disambut oleh tiga anak muda di aljeria
telah disambut oleh tuan empunya cafe di al-khahairah
telah disambut oleh seorang anak muda di muritania

wahai mohamed bouazizi
bila pintu langit dibuka
kau lihat kembali ke tunisia
kau lihat kembali ke kereta sorong mu
kau lihat kembali ke kota kecil kamu
kau lihat kembali satu tunisia telah bangun
kau lihat kembali satu bumi arab telah bergolak
kau lihat kambali keberanian telah datang
untuk menentang kebatilan
untuk menegak keadilan

wahai anak muda
bila pintu langit itu tertutup
berehatlah kamu bersama segala roh yang suci
bersama segala pejuang yang berani
senyumlah untuk dirimu
leila si first lady telah diburu lari

al-fatihah untuk semua yang gugur
salut untuk mereka yang berani
salut dari aku untuk kamu

Nota: Dipetik dari sini, semoga dapat menginspirasikan pembaca.

Tuesday, November 9, 2010

Sang Pemimpi filem sequence kepada Laskar Pelangi .: MESTI TONTON:.


Filem sang Pemimpi merupakan filem sequence kepada filem Laskar Pelangi yang telah mencapai kejayaan besar. Seperti yang dimaklumi filem Laskar Pelangi ini telah berjaya memberi inspirasi kepada jutaan manusia sehingga ramai yang telah berkunjung ke lokasi sebenar pembikinan filem ini iaitu di Belitong. Filem Laskar Pelangi mengisahkan kisah benar sekumpulan kanak kanak yang menuntut di sebuah sekolah yang dhaif dan serba kekurangan.


Turut melakukan ulasan bagi filem ini ialah Dr. Asri dalam kolumnya di Malaysiakini. Ulasan beliau boleh di baca disini. Menurut beliau "Watak 'Lintang' dalam filem itu amat menyentuh jiwa. Itu filem kedua Indonesia yang saya tonton sehingga habis". Beliau terut menceritakan sahabatnya seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), setelah dicadangkannya menonton Laskar Pelangi, rakannya itu menontonnya sebanyak berbelas kali dan menangis setiap kali menonton.


Sang Pemimpi pula merupakan kesinambungan kepada kisah ini yang mana landskap cerita ini pula mengisahkan kumpulan kanak-kanak tersebut yang meningkat ke alam ramaja. Menurut riview awal yang diceritakan oleh sahabat yang telah menonton, filem ini tidak kurang hebatnya yang mana mampu memberi inspirasi kepada penonton.


Semoga kita semua dapat mengambil segala manfaat daripada filem-filem seumpama ini.

Monday, November 8, 2010

Anda masih ingat lagi Mike Tyson?


Anda masih ingat lagi Mike Tyson, juara tinju heavyweight dunia yang pernah menumbangkan lawannya dengan tumbukan KO dalam masa 3 saat? Masa silamnya dia dikenali sebagai seorang yang bermasalah dan sering terjebak dengan perbuatan yang tidak bermoral dan pelbagai salah laku yang lain yang dahsyat. Tapi itu dulu..

Ya, Mike Tyson sudah berubah, dengan izin Allah dia telah dikurniakan hidayah dan memeluk Islam. Ikuti kisahnya sepanjang mengerjakan umrah yang dilaporkan oleh media.

MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.
Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.
Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.
Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.
Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.
Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

Tuesday, July 6, 2010

Adakah anda racist? Say No To Racism..



Sempena FIFA world cup 2010, saya ingin berkongsi berkaitan bola, minat sangat dekat sukan ni.

Racism di eropah dan negara berkulit putih yang lain.

Budaya racist atau perkauman sememangnya selalu kita dengari saban hari. Ianya sangat ketara terutama di eropah dimana sikap ini berlaku kepada bangsa berkulit hitam yang berhijrah atau menjadi pendatang di negara kulit putih. Antara negara eropah kulit putih yang paling ramai rakyatnya yang berkulit hitam ialah Perancis dan England. Sesetengah masyarakat yang berkulit putih menunjukkan sikap racist mereka dengan mengamalkan diskriminasi berdasarkan warna kulit yang melampau. Diskriminasi ini tak hanya berlaku dalam kehidupan seharian tetapi turut berlaku di tengah padang sewaktu berlangsung perlawanan bola sepak. Apabila setiap kali pemain berkulit hitam mengawal bola, maka terdengarlah siulan "booo" oleh penonton yang racist ini sehingga menganggu konsentrasi pemain walaupun pemain yang di "boo" itu dari pasukan sendiri, dahsyatnya..


Apa puncanya?

Pada hemat saya, antara faktor utama perkauman ini adalah disebabkan adanya entosentrisme, iaitu merasakan bangsa sendiri lebih baik dari bangsa lain. Yahudi adalah bangsa yang sangat racist di mana mereka memang menjaga bangsa mereka dan memandang hina bangsa lain. Malah bagi ekstremis yahudi, mereka menganggap bangsanya sahaja sebagai "manusia" dan bangsa lain sebagai binatang!! mereka merasa bangga dengan bangsa mereka dan selalu mendabik dada dengan kata seumpama ini, "i'm a part of jews"..

Selain itu sikap curiga terhadap bangsa lain tentang adanya agenda tersembunyi dan sebagainya. Bahayanya, ia menanam sikap benci yang mendalam yang melekat dalam jiwa. Benci dengan bangsa lain dan mencurigai tindak tanduk mereka dengan beranggapan pasti ada “hidden agenda”.

Racism atau perkauman menurut Islam.

Saya bukanlah ulama yang agung, namun berkaitan perkauman ini memang ditegah sama sekali dalam Islam. Kenapa? Senang sahaja. Allah tidak memandang kamu berdasarkan warna kulitputih gebu ke, hitam pahit ke mata sepet ke, gemuk ke kurus ke, perdana menteri ke petani. Hanya yang menjadi ukuran tuan tuan disis Allah ialah “TAQWA”. Saya ulangi TAQWA, TAQWA, TAQWA. Aspek ini yang Allah pandang. Jika kamu diredhai, insyaAllah kamu ke syurga dan jika kamu dimurkai "nauzubillah" kamu mungkin dihidang buah zaqqum, buahan yang berduri di neraka”

Rasional dari segi logik akal yang terbatas ini pun kita boleh fikir. Kita mungkin boleh bersikap perkauman di Malaysia sebab kita melayu, atau di negara India sebab kita bangsa india, tapi bagaimana kalau kita menjadi seorang melayu di Eropah, Jepun, Iran dan mana mana negara di dunia selain bumi nusantara ini. Masa itu anda masih nak racist lagi? Nak menjaga hak keistimewaan bangsa anda lagi? Oh ya? Bagi saya, andai kita dilayan dengan sikap racist oleh penduduk peribumi negara lain barulah kita insaf. Bila di negara orang, apa yang kita harapkan hanyalah kita diberi ruang yang adil serta tidak didiskriminasi oleh bangsa yang dominan.

Rasulullah berbangsa Arab tuan tuan. Andai perjuangan baginda memartabatkan bangsanya, maka apa nilai kita disisi Rasulullah sebagai bangsa melayu, cina, india?? Islam tidak memandang siapa kamu, bangsa apa kamu, tapi taqwa kamu akan menentukan nasib kamu di hari pembalasan nanti.


Kepada yang masih ada unsur perkaumandalam diri, diharap muhasabah diri, termasuklah saya sendiri.

Perjuangan Rasulullah adalah Islam. Ramai antara kita yang berapi api apabila bangsa kita dihina, pantang diusik sedikit terus berkobar-kobar. Namun hal yang sama tidak berlaku apabila agama kita dihina.

SAY NO TO RACISM!!