Wednesday, January 19, 2011

SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI


AL-FATIHAH

Lahir 29 March 1984
Sidi Bouzid, Tunisia
Mangkat January 4, 2011 (umur 26)




SALUT MOHAMED BOUAZIZI

bila aku baca berita tentang kau yang berani
maka aku tunduk segan
bila aku baca berita kau mangkat
gugurlah si ayer mata

tamatlah riwayat kau yang yang pendek
26 kali kau beramadan
26 kali kau bermusim bunga
26 kali musim dingin sampai
tapi hidup kau penuh sengsara
kau membesar dibawah telunjuk leila si first lady

kau belajar
kau berjaya
kau ke universiti
kau berijazah
tapi kau hanya menunggu kerja
seperti beribu ribu anak muda
dengan penuh harapan yang setia

lalu kau membuat kereta sorong
menjaja buah dan sayur
inilah satu kehidupan yang bukan asing lagi
di negara dibawah pemerintahan leila si first lady

betapalah susahnya hidup
ibu adik dan kakak
semua menunggu rezeki dari jualan kamu

maka ditakdirkan datanglah mala petaka
lalu kereta sorong kau dimusnah
lalu sayur kau di rampas
lalu buah buah kau terbarai
kau menjaja tanpa lesen
lesen yang wajib dibayar untuk leila si first lady

wahai anak muda yang berani
bila kau membakar diri
kau telah membakar seluruh bumi arab
dari moroko hingga ke bahrain
dari damsheik hingga ke dubai
kemarahan rakyat meluap luap

rakyat jordan telah turun ke jalan raya
rakyat aljeria telah turun ke jalan raya
rakyat muritania telah turun ke jalan raya
bangun mengacungkan tangan
menuntut keadilan
mendobrak kezaliman

bila kau membakar diri
tanda bantahan terhadap leila si first lady
telah disambut oleh tiga anak muda di aljeria
telah disambut oleh tuan empunya cafe di al-khahairah
telah disambut oleh seorang anak muda di muritania

wahai mohamed bouazizi
bila pintu langit dibuka
kau lihat kembali ke tunisia
kau lihat kembali ke kereta sorong mu
kau lihat kembali ke kota kecil kamu
kau lihat kembali satu tunisia telah bangun
kau lihat kembali satu bumi arab telah bergolak
kau lihat kambali keberanian telah datang
untuk menentang kebatilan
untuk menegak keadilan

wahai anak muda
bila pintu langit itu tertutup
berehatlah kamu bersama segala roh yang suci
bersama segala pejuang yang berani
senyumlah untuk dirimu
leila si first lady telah diburu lari

al-fatihah untuk semua yang gugur
salut untuk mereka yang berani
salut dari aku untuk kamu

Nota: Dipetik dari sini, semoga dapat menginspirasikan pembaca.