Tuesday, November 9, 2010

Sang Pemimpi filem sequence kepada Laskar Pelangi .: MESTI TONTON:.


Filem sang Pemimpi merupakan filem sequence kepada filem Laskar Pelangi yang telah mencapai kejayaan besar. Seperti yang dimaklumi filem Laskar Pelangi ini telah berjaya memberi inspirasi kepada jutaan manusia sehingga ramai yang telah berkunjung ke lokasi sebenar pembikinan filem ini iaitu di Belitong. Filem Laskar Pelangi mengisahkan kisah benar sekumpulan kanak kanak yang menuntut di sebuah sekolah yang dhaif dan serba kekurangan.


Turut melakukan ulasan bagi filem ini ialah Dr. Asri dalam kolumnya di Malaysiakini. Ulasan beliau boleh di baca disini. Menurut beliau "Watak 'Lintang' dalam filem itu amat menyentuh jiwa. Itu filem kedua Indonesia yang saya tonton sehingga habis". Beliau terut menceritakan sahabatnya seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), setelah dicadangkannya menonton Laskar Pelangi, rakannya itu menontonnya sebanyak berbelas kali dan menangis setiap kali menonton.


Sang Pemimpi pula merupakan kesinambungan kepada kisah ini yang mana landskap cerita ini pula mengisahkan kumpulan kanak-kanak tersebut yang meningkat ke alam ramaja. Menurut riview awal yang diceritakan oleh sahabat yang telah menonton, filem ini tidak kurang hebatnya yang mana mampu memberi inspirasi kepada penonton.


Semoga kita semua dapat mengambil segala manfaat daripada filem-filem seumpama ini.

Monday, November 8, 2010

Anda masih ingat lagi Mike Tyson?


Anda masih ingat lagi Mike Tyson, juara tinju heavyweight dunia yang pernah menumbangkan lawannya dengan tumbukan KO dalam masa 3 saat? Masa silamnya dia dikenali sebagai seorang yang bermasalah dan sering terjebak dengan perbuatan yang tidak bermoral dan pelbagai salah laku yang lain yang dahsyat. Tapi itu dulu..

Ya, Mike Tyson sudah berubah, dengan izin Allah dia telah dikurniakan hidayah dan memeluk Islam. Ikuti kisahnya sepanjang mengerjakan umrah yang dilaporkan oleh media.

MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.
Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.
Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.
Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.
Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.
Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi