Tuesday, November 9, 2010

Sang Pemimpi filem sequence kepada Laskar Pelangi .: MESTI TONTON:.


Filem sang Pemimpi merupakan filem sequence kepada filem Laskar Pelangi yang telah mencapai kejayaan besar. Seperti yang dimaklumi filem Laskar Pelangi ini telah berjaya memberi inspirasi kepada jutaan manusia sehingga ramai yang telah berkunjung ke lokasi sebenar pembikinan filem ini iaitu di Belitong. Filem Laskar Pelangi mengisahkan kisah benar sekumpulan kanak kanak yang menuntut di sebuah sekolah yang dhaif dan serba kekurangan.


Turut melakukan ulasan bagi filem ini ialah Dr. Asri dalam kolumnya di Malaysiakini. Ulasan beliau boleh di baca disini. Menurut beliau "Watak 'Lintang' dalam filem itu amat menyentuh jiwa. Itu filem kedua Indonesia yang saya tonton sehingga habis". Beliau terut menceritakan sahabatnya seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), setelah dicadangkannya menonton Laskar Pelangi, rakannya itu menontonnya sebanyak berbelas kali dan menangis setiap kali menonton.


Sang Pemimpi pula merupakan kesinambungan kepada kisah ini yang mana landskap cerita ini pula mengisahkan kumpulan kanak-kanak tersebut yang meningkat ke alam ramaja. Menurut riview awal yang diceritakan oleh sahabat yang telah menonton, filem ini tidak kurang hebatnya yang mana mampu memberi inspirasi kepada penonton.


Semoga kita semua dapat mengambil segala manfaat daripada filem-filem seumpama ini.

Monday, November 8, 2010

Anda masih ingat lagi Mike Tyson?


Anda masih ingat lagi Mike Tyson, juara tinju heavyweight dunia yang pernah menumbangkan lawannya dengan tumbukan KO dalam masa 3 saat? Masa silamnya dia dikenali sebagai seorang yang bermasalah dan sering terjebak dengan perbuatan yang tidak bermoral dan pelbagai salah laku yang lain yang dahsyat. Tapi itu dulu..

Ya, Mike Tyson sudah berubah, dengan izin Allah dia telah dikurniakan hidayah dan memeluk Islam. Ikuti kisahnya sepanjang mengerjakan umrah yang dilaporkan oleh media.

MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.
Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.
Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.
Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.
Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.
Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

Tuesday, July 6, 2010

Adakah anda racist? Say No To Racism..



Sempena FIFA world cup 2010, saya ingin berkongsi berkaitan bola, minat sangat dekat sukan ni.

Racism di eropah dan negara berkulit putih yang lain.

Budaya racist atau perkauman sememangnya selalu kita dengari saban hari. Ianya sangat ketara terutama di eropah dimana sikap ini berlaku kepada bangsa berkulit hitam yang berhijrah atau menjadi pendatang di negara kulit putih. Antara negara eropah kulit putih yang paling ramai rakyatnya yang berkulit hitam ialah Perancis dan England. Sesetengah masyarakat yang berkulit putih menunjukkan sikap racist mereka dengan mengamalkan diskriminasi berdasarkan warna kulit yang melampau. Diskriminasi ini tak hanya berlaku dalam kehidupan seharian tetapi turut berlaku di tengah padang sewaktu berlangsung perlawanan bola sepak. Apabila setiap kali pemain berkulit hitam mengawal bola, maka terdengarlah siulan "booo" oleh penonton yang racist ini sehingga menganggu konsentrasi pemain walaupun pemain yang di "boo" itu dari pasukan sendiri, dahsyatnya..


Apa puncanya?

Pada hemat saya, antara faktor utama perkauman ini adalah disebabkan adanya entosentrisme, iaitu merasakan bangsa sendiri lebih baik dari bangsa lain. Yahudi adalah bangsa yang sangat racist di mana mereka memang menjaga bangsa mereka dan memandang hina bangsa lain. Malah bagi ekstremis yahudi, mereka menganggap bangsanya sahaja sebagai "manusia" dan bangsa lain sebagai binatang!! mereka merasa bangga dengan bangsa mereka dan selalu mendabik dada dengan kata seumpama ini, "i'm a part of jews"..

Selain itu sikap curiga terhadap bangsa lain tentang adanya agenda tersembunyi dan sebagainya. Bahayanya, ia menanam sikap benci yang mendalam yang melekat dalam jiwa. Benci dengan bangsa lain dan mencurigai tindak tanduk mereka dengan beranggapan pasti ada “hidden agenda”.

Racism atau perkauman menurut Islam.

Saya bukanlah ulama yang agung, namun berkaitan perkauman ini memang ditegah sama sekali dalam Islam. Kenapa? Senang sahaja. Allah tidak memandang kamu berdasarkan warna kulitputih gebu ke, hitam pahit ke mata sepet ke, gemuk ke kurus ke, perdana menteri ke petani. Hanya yang menjadi ukuran tuan tuan disis Allah ialah “TAQWA”. Saya ulangi TAQWA, TAQWA, TAQWA. Aspek ini yang Allah pandang. Jika kamu diredhai, insyaAllah kamu ke syurga dan jika kamu dimurkai "nauzubillah" kamu mungkin dihidang buah zaqqum, buahan yang berduri di neraka”

Rasional dari segi logik akal yang terbatas ini pun kita boleh fikir. Kita mungkin boleh bersikap perkauman di Malaysia sebab kita melayu, atau di negara India sebab kita bangsa india, tapi bagaimana kalau kita menjadi seorang melayu di Eropah, Jepun, Iran dan mana mana negara di dunia selain bumi nusantara ini. Masa itu anda masih nak racist lagi? Nak menjaga hak keistimewaan bangsa anda lagi? Oh ya? Bagi saya, andai kita dilayan dengan sikap racist oleh penduduk peribumi negara lain barulah kita insaf. Bila di negara orang, apa yang kita harapkan hanyalah kita diberi ruang yang adil serta tidak didiskriminasi oleh bangsa yang dominan.

Rasulullah berbangsa Arab tuan tuan. Andai perjuangan baginda memartabatkan bangsanya, maka apa nilai kita disisi Rasulullah sebagai bangsa melayu, cina, india?? Islam tidak memandang siapa kamu, bangsa apa kamu, tapi taqwa kamu akan menentukan nasib kamu di hari pembalasan nanti.


Kepada yang masih ada unsur perkaumandalam diri, diharap muhasabah diri, termasuklah saya sendiri.

Perjuangan Rasulullah adalah Islam. Ramai antara kita yang berapi api apabila bangsa kita dihina, pantang diusik sedikit terus berkobar-kobar. Namun hal yang sama tidak berlaku apabila agama kita dihina.

SAY NO TO RACISM!!

Monday, June 28, 2010

The Heart of Muslim by Zain Bhikha


Subhanallah.. lagu yang sangat membelai jiwa oleh zain bhikha. melodi yang indah dan disulami lirik yang sangat menyentuh perasaan. Ada kesempatan dengarlah lagu ini.

Download lagu ini di sini

The Heart of Muslim by Zain Bhikha

Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ebrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere

Under the hot burning sun, he declared God is one
Though with stones on his chest, his Imaan would not rest
The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong

It's the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart


In our poor meager state, little food on our plate

Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what's not enough
She said the heart of a Muslim's filled with love

He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what's bad to bring you down
Father said to be a star that's shining bright
For the heart of a Muslim does what's right

So whatever you, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie

Saturday, June 5, 2010

Cerita & Gambar-Gambar Dari Gaza Untuk Dikongsi Bersama...

Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama...

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke syarikat kami untuk berkongsi pengalamannya pergi ke Gaza baru-baru ini. Persatuan Islam Pekerja yang anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yang dia akan kenang sampai mati.

Ada beberapa perkara yang mahu saya kongsi bersama kerana ianya membuatkan tidur saya tidak lena...

Mesir

Razali kata, ini Firaun moden. Nama je Islam tapi dah terlalu sekular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid.

Mesir sekat sempadan sedangkan hanya itu sahaja jalan darat hendak ke Gaza . Makanan dan ubat-ubatan semuanya rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Mesir-Gaza berada dalam kawasan sepanjang 14 kilometer. Kalau lah tiada sekatan, rakyat Palestin takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas, Apa punya manusia ni..!", kata Razali Awang.



Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang dia interview, di Malaysia, tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestin…

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui di Mesir… tapi dengan pertolongan Allah SWT, semuanya berjaya dilepasi... tapi perit nya... yang mintak rasuah… charge naik bas sejauh 500 meter ialah RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar... lebih baik hantar ke negara Islam lain... UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)



Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah… Belah Fatah ada Kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni).

Razali kata rakyat Palestin sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestin sangat baik dan peramah jika dibandingkan dengan Pak Arab di Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama... tapi dia mention Hashim…).

Beautiful country, iklim Mediterranean. boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..



Hamas

Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid. Rela mati bila-bila masa. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi?"…macam mereka tahu yang mereka akan mati bila-bila masa sahaja.

Tulang-temulang manusia yang melekat di dinding bangunan-bangunan yang rosak akibat dibom Yahudi/Zionis, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel… punyalah jahat bangsa Yahudi/Zionis, kubur pun dibedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org... tak de senjata canggih tapi yang mati hanya 100 lebih je!!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah dan mereka berada dimana-mana saja. mereka beroperasi dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Isteri-isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa semula suami masing-masing di syurga...



Bagi mereka, kanak-kanak yang mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok pasti lahir seorang lagi bayi yang bakal menjadi pejuang Islam...

Israel

Memang pengecut sebab tak berani berperang secara berhadapan dengan Hamas. di darat hanya duduk dalam kereta kebal. lepastu serang dengan bom pintar atau bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! jadi mereka takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun untuk tumbuh balik. Biar rakyat Palestin kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakan...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia orang rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital - pembedahan, jahit kulit ke apa ke… terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab - ubat dah tak de.

Razali kata dia tak tahan dia tengok budak-budak menjerit-menjerit kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus... sebelum serangan ada beberapa orang doktor sedang bedah pesakit… Razali kata tak de apa yang tinggal... semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit disana-sini… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.


Ada banyak lagi... tapi terlalu panjang untuk ditulis. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza... jadi, inilah yang diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA ialah negara jiran kita yang paling dekat iaitu SINGAPURA! jadi Razali kata kalau kita shopping dekat sana macam kita sokong Israel.

Jadi kawan-kawan, kita terus berdoa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wassalam

Gambar-gambar untuk dikongsi bersama - UNRWA School di Beit Lahia, Gaza, Palestin ketika di bom Yahudi/Zionis...

Dipetik dari sebuah blog untuk sebaran kepada seluruh umat Islam.

Benci ZIONIS!!


Friday, June 4, 2010

Aku, ABC dan Padang Mahsyar


Aku, ABC dan Padang Mahsyar. Suasana di daerah ini sangat panas sekali. Hujan lebat sudah lama tidak turun. Panas bahangnya menyebabkan kita kurang bermaya. Langkah menjadi longlai, mata menjadi tak bermaya. Menunggu hujan yang telah lama tidak kunjung tiba. Bila waktu memuncak menjelang tengahari, suasana makin sukar. Tubuh menjadi lesu. Usah dibicarakan lagi, Tekak menjadi kering, haus dahaga dan segala macam rasa tidak selesa. Lalu terdetak dihati ini, “alahai bestnya andai dapat menikmati ABC” (air batu campur). Lalu tanpa berlengah lagi, tubuh secara mendadak mendapat motivasi, tenaga yang luar biasa.Entah dari mana datangnya.


Tanpa berlengah, segera mencapai wallet, dan mendapatkan kunci moto cabuk ku. Ke mana destinasi ku? Kedai pok det yang ada dijual ABC special lebih susu dan banyak bahan yang menyebabkan rasanya lagi special. Lalu ABC kubeli dan ku nikmati diwaktu panas terik ini. Subhanallah, nikmatnyaaaa.. Tiba-tiba datang lintasan hati yang menginsafkan… Allahu akhbar tak lain tak bukan suasana padang Mahsyar yang jauh lebih dahsyat dari kemarau yang menggila di Afrika!!..


Allah.. bagaimana nasibku disana? Sudikah kekasihMu (Muhammad Bin Abdullah) memberi syafaat kepada ku ya Allah?? Dari apa yang didengar dari siri tazkirah oleh para ulama, suasana di padang mahsyar sangat dahsyat. Panasnya bukan kepalang!! Matahari begitu hampirrr. Ada yang peluhnya diparas pinggang, ada yang lebih dahsyat.. Suatu suasana yang sangat getirrrr.. Disaat itu andai kita dahaga, haus, kering tekak, kita tak kan dapat merasa seteguk ais kosong pun, apatah lagi ABC special kedai pok det ni. Hanya ada 7 Golongan sahaja yang akan dinaungi oleh Allah di padang Mahsyar kelak, siapa 7 golongan itu?? Allah selamatkanku disana, selamatkan keluargaku, sahabat sahabatku, umat Islam yang berlumba mencari keredhaan-Mu.. Aku Cinta Allah.. …..

Golongan Yang Lebih Melampau Dari Iblis


Abdullah bin Mas’ud r.a berkata, bahawa roh Firaun dan ahli keluarganya diletakkan oleh Allah SWT ke dalam rongga tubuh seekor burung hitam. Burung tersebut membawa roh Firaun ke atas kawah api neraka setiap hari sebanyak dua kali sehingga menjelang hari qiamat.

Allah SWT memperlakukan demikian kepada roh Firuan selaku balasan di atas kejahatannya yang tiada tolok bandingnya, dia adalah makhluk pertama di muka bumi yang mendakwa dirinya adalah tuhan. Belum ada makhluk yang mendakwa dirinya sebagai tuhan, hatta Iblis sekalipun.

Mungkin orang akan bertanya, jenis apakah burung hitam itu yang terdaya dan mampu terbang diatas kawah api neraka itu? Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu adalah sesuai dengan keadaan tempat dan zamannya mereka berada. Allah SWT ciptakan burung hitam sesuai dengan tugasnya, ada juga malaikat yang ditugaskan menjaga neraka ataupun mengangkat api neraka, sedangkan malaikat itu tidak terbakar.

Di daerah Besut juga pernah gempar dengan dakwaan seorang lelaki tua bahawa diarinya adalah tuhan dan memiliki kerjaan langit. Adalah roh lelaki ini juga akan diperlakukan sama seperti roh Firaun? Sama-sama kita mengambil iktibar..

Aku cinta Allah!!

……

The Most Beautiful Place In The World







Kampung Kerandang merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Besut.
Nikmati keindahan kampung ini yang menhidangkan pemandangkan yang menyejukkan mata memandang..


Ayuh Cintai Mati Syahid


Peluang untuk mati syahid bagi orang mukmin sentiasa terbuka luas, anugerah Allah Taala itu disalurkan melalui berbagai cara. Sebab itu mati syahid mestilah menjadi cita-cita setiap mukmin, serta berusaha untuk mencapainya.

Malangnya istilah syahid itu seringkali dikelirukan oleh golongan yang kurang memahami Islam dengan mendalam, atau oleh pihak yang berkepentingan, termasuk juga golongan orientalis yang sememangnya berniat jahat terhadap Islam.

Sebab itu apabila disebut istilah syahid, terbayang kepada mereka suatu tindakan radikal dan ekstrim. Mereka membayangkan syahid itu sebgai natijah dari tindakan kekerasan yang membahayakan keselamatan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Sebab itu mereka cuba menidakkan kesyahidan seseorang atau sesuatu golongan yang telah gugur dalam mempertahankan aqidah, mempertahankan diri dan keluarga dari ancaman pihak tertentu. Malah mereka memperalatkan phak yang dianggap mempunyai autoriti dalam bidang agama, untuk mengeluarkan fatwa bagi menyangkal kesyahidan seseorang atau kumpulan berkenaan.

Memang benar bahawa syahid itu mempunyai peringkat tertentu, iaitu sama ada syahid akhirat atau syahid dunia. Sebagaimana syurga juga mempunyai darjat dan tingkat serta mempunyai nama, kesemuanya menggambarkan keunggulan sesuatu tingkat syurga berkenaan.

Cita-cita ku syahid!!

Thursday, June 3, 2010

Laskar Pelangi ..mesti tonton..

Filem LASKAR PELANGI adalah filem yang diadaptasi dari sebuah novel. Filem ini mengisarkan tentang jerih payah sekumpulan pelajar miskin di sebuah sekolah yang bernama SD Muhammadiyah.

Filem yang dipenuhi pelbagai elemen yang positif ini sangat memberi kesan dalam jiwa penonton. semoga seluruh yang terlibat dalam pembikinan filem ini diberkati oleh Allah. teruskan berkarya. Karya anda sangat bermanfaat!


Kata-kata keramat yang sangat bermakna kepada Saya dalam filem ini ialah yang diucapkan oleh Pak Arfan, "Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya".. Sangat mendalam pesanan ini yang mana ia memberi kesedaran mendalam kepada kita untuk berbakti kepada Tuhan, masyarakat dan alam.


Kepada guru-guru dan semua bakal guru seperti saya, diharap dapat menonton filem ini bagi memotivasikan diri sebagai pendidik anak bangsa.. Filem ni memang best adanya unsur komedi, persahabatan, kekeluargaan dan banyak lagi. Saya cuba membaca novelnya tetapi sukar untuk memahami istilah masyarakat melayu belitong ini. .....

Wednesday, June 2, 2010

Terjemahan Doa Qunut Nazilah


Ya Allah,
Sesungguhnya kami
letakkan Engkau dibatang leher
musuh-musuh kami!
Dan Kami berlindung denganMu
dari kejahatan mereka
Ya Allah, hancur leburkanlah
kumpulan-kumpulan mereka,
kacau bilaukan persatuan
mereka!
Cerai-beraikan pakatan mereka!
Goncangkan pendirian mereka!
Hantarkan Ya Allah, anjing anjing
ke atas mereka!
Wahai Tuhan Yang Gagah
Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh
Raksaka!
Wahai Tuhan Yang Bersifat
Murka!
Ya Allah! Wahai Tuhan yang
menurunkan KITAB!
Wahai Tuhan yang mengerakkan
awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan
Bala Tentera Ahzab

Kalahkan Mereka,.......
Menangkanlah Kami..... ke atas
mereka....

misi bantuan kemanusiaan ke GAZA

Hari ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak israel akan membebaskan kesemua 682 aktivis pro-palestin termasuk 12 warganegara Malaysia. walaupun pada awalnya mereka mahu mendakwa di mahkamah namun atas desakan masyarakat dunia, akhirnya israel bertindak menghalau semua aktivis berkenaan.

Alhamdulillah, walaupun 9 orang telah dibunuh oleh rejim ZIONIS tersebut, nasib 682 aktivis yang lain adalah lebih baik.

Persoalannya bagaimana dengan 10 ribu tan bantuan makanan dan perubatan yang ingin dihantar ke Gaza itu? adalah kita telah gagal menghantar walau sedikit pun?

Harapan penulis agar saudara mara seagama kita dapat juga menerima bantuan tersebut walau apa jua cara sekalipun..

Benci ZIONIS.!!

kepada seluruh umat Islam, banyakkan solat hajat dan doa keselamatan para aktivis dan penduduk Gaza..

...

Tuesday, June 1, 2010

KRITIK terhadap siri "SAYANG CENDANA"


Assalamualaikum..

Saya sangat terpanggil untuk mengkritik rancangan di tv3 dan tv9 iaitu slot SAYANG CENDANA yang sedang ditayangkan. Jika diamati dari aspek hiburan, tiada masalah kerana ianya sangat menghiburkan. Namun dari aspek ilmiah, cerita ini mempunyai unsur "khurafat" .Unsur khurafat yang saya maksudkan ialah watak cendana itu sendiri dan kuasa ajaib kononnya dapat menyembuhkan kecacatan hakimi.

Sesungguhnya kuasa penyembuh milik mutlak Allah SWT. Saya yakin andai ditonton oleh anak kecil tanpa pengawasan oleh orang dewasa (menjelaskan semula) ia boleh mempengaruhi corak berfikirnya. . Maka kepada mereka yang mempunyai kefahaman Islam, eloklah berusaha mengelakkan dari menonton siri Sayang Cendana ini kerana ianya akan menyebabkan kesan yang besar.

Bagaimana??

Mudah sahaja. anda menonton siri ini, maka rating tayangan ini meningkat. kesannya, akan lebih banyak cerita berkonsepkan seperti ini (berunsur khurafat) kerana ianya mendapat sambutan hangat masyarakat. Penegasan.. Saya sekali lagi mengkritik siri "SAYANG CENDANA" diatas kesedaran dan tanggungjawab terhadap masyarakat.. Kepada mereka yang terlibat dengan penerbitan rancangan ini, pohon maaf andai mengguris hati. Aku cinta ALLAH. sekian Wassalam..

Monday, May 31, 2010

Aku hanya nak ke seberang



“Aku pahat kayu cengal
Harap-harap jadi perahu
Dayung hebat pengayuh sebenar
Teras kuat teras tembesu


Layar bertingkat serupa kapas gulung
Tiangnya tegak dari batang nibung
Panji kain suluk atma
Tenunan kekasih wajah di kamar


Esok perahu nak turun ke air
Harung nak lalu samudera bertabir
Tinggal pantai awal terakhir
Lawan badai ribut dan petir


Ombak jangan gila melanda
Harap tenang laut kuala
Dayung jangan patah tak kuasa
Layar tiang jangan binasa


Bergantung jiwa seluruh harapan
Nekad rasa arah tujuan
Serah segala padamu tuhan
Aku hanya nak ke seberang..”

- Halim Yazid

Lagu ini berkisarkan tentang harapan seorang yang ingin berlayar meredah samudera semata-mata hendak ke tempat yang lain, yang lebih indah, yang lebih memberikan harapan. Namun dia diselubungi kebimbangan tentang bahaya yang bakal ditempuh di tengah samudera nanti. Lalu dipersiapkan bahtera dari bahan bahan yang sesempurna mungkin agar hajatnya berlayar ke seberang laut dicapainya. Akhir rangkap lagu ini disudahi dengan harapan dan doa serta tawakkal kepada sang pencipta makhluk, pencipta samudera, pencipta sekalian alam, Allah SWT. sungguh sempurna, persiapan yang rapi dan disertakan dengan tawakkal dan doa pada Allah. semoga lagu ini memberi inspirasi kepada anda juga.

Download lagu yang indah dan penuh inspirasi ini di sini