Friday, June 4, 2010

Ayuh Cintai Mati Syahid


Peluang untuk mati syahid bagi orang mukmin sentiasa terbuka luas, anugerah Allah Taala itu disalurkan melalui berbagai cara. Sebab itu mati syahid mestilah menjadi cita-cita setiap mukmin, serta berusaha untuk mencapainya.

Malangnya istilah syahid itu seringkali dikelirukan oleh golongan yang kurang memahami Islam dengan mendalam, atau oleh pihak yang berkepentingan, termasuk juga golongan orientalis yang sememangnya berniat jahat terhadap Islam.

Sebab itu apabila disebut istilah syahid, terbayang kepada mereka suatu tindakan radikal dan ekstrim. Mereka membayangkan syahid itu sebgai natijah dari tindakan kekerasan yang membahayakan keselamatan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Sebab itu mereka cuba menidakkan kesyahidan seseorang atau sesuatu golongan yang telah gugur dalam mempertahankan aqidah, mempertahankan diri dan keluarga dari ancaman pihak tertentu. Malah mereka memperalatkan phak yang dianggap mempunyai autoriti dalam bidang agama, untuk mengeluarkan fatwa bagi menyangkal kesyahidan seseorang atau kumpulan berkenaan.

Memang benar bahawa syahid itu mempunyai peringkat tertentu, iaitu sama ada syahid akhirat atau syahid dunia. Sebagaimana syurga juga mempunyai darjat dan tingkat serta mempunyai nama, kesemuanya menggambarkan keunggulan sesuatu tingkat syurga berkenaan.

Cita-cita ku syahid!!

No comments:

Post a Comment